Pelajar asing cagar pasport pinjam ah long

PUTRAJAYA 17 Sept. – Kegiatan ah long dikesan semakin berleluasa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dengan menjadikan pelajar luar negara sebagai sasaran.

Terbaru, Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima aduan daripada pengurusan IPT swasta di Cyberjaya membabitkan pelajarnya yang mencagarkan pasport antarabangsa kepada ‘lintah darat’ itu untuk membuat pinjaman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, golongan itu dikesan aktif menjalankan kegiatan menjerat pelajar luar negara untuk membuat pinjaman dengan mereka di luar kawasan kampus.

”Pihak universiti merayu kepada kerajaan supaya menghalang sindiket ini daripada mendekati pelajar kerana perbuatan tersebut ternyata menyusahkan pelajar.

”Kebanyakan pelajar ini masih muda dan seronok dapat pegang banyak duit, jadi kita perlu lakukan sesuatu untuk membanteras gejala ini kerana tujuan mereka ke sini adalah untuk belajar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Murugiah menambah, terdapat kes pelajar yang gagal membayar balik pinjaman telah ditahan oleh ah long termasuk dikurung sehingga gagal dikesan oleh pihak pengurusan universiti.

Pelajar itu juga katanya, tidak dapat pulang ke negara asal selepas tamat pengajian ekoran pasport antarabangsa mereka telah dirampas.

Dalam perkembangan berkaitan, BPA akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama Jabatan Imigresen, polis, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti terbabit esok untuk membincangkan beberapa isu berbangkit membabitkan pelajar asing.

One Response to Pelajar asing cagar pasport pinjam ah long

  1. astellkes berkata:

    i procure played belfry defense games a quantities and i like some of them, i homelessness to be informed which TD do you file, i as a person like: bloon tower defense, hardly wanted to differentiate other’s opinions

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: