Mempelbagaikan kegunaan lintah

Minyak urut Lintah Emas yang terdapat di pasaran.



 

JOHOR BAHRU 22 Mei – Menyedari lintah mampu memberi pulangan lumayan, Norazman mempelbagaikan kegunaan ternakan tersebut.

Selain menternak, membekal dan menganjurkan kursus, beliau turut menggunakan lintah untuk rawatan.

Kini dengan bantuan adiknya, Zulkarnain, 34, beliau membuka Pusat Rawatan Alternatif Bekam Lintah di Kip Mart Tampoi sejak tiga bulan lalu.

Norazman berkata, sebelum ini beliau membekalkan lintah kepada pengusaha pusat rawatan bekam di sekitar bandar raya ini.

”Bila sering berurusan dengan peniaga pusat rawatan, saya pun fikir kenapa tidak saya kembangkan perniagaan berasaskan lintah.

”Untuk peniagaan rawatan bekam menggunakan lintah, saya minta adik uruskan. Alhamdulillah, sejak dibuka sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan,” katanya.

Menurutnya, seorang pelanggan yang sudah mengetahui penyakit masing-masing, sekurang-kurangnya memerlukan empat ekor lintah.

Seekor lintah yang digunakan untuk bekam dikenakan bayaran sebanyak RM10.

”Selalunya, saya tanya dulu penyakit pelanggan kerana lintah akan diletakkan di bahagian yang sakit seperti gout. Kerap kali, bekam lintah ini dibuat di bahagian kaki, muka atau belakang.

”Lintah ini pun tahu bahagian mana yang hendak dihisap. Kalau diletak pada bahagian yang tidak sakit, lintah itu tidak akan menjalankan tugasnya,” celah Zulkarnain.

Katanya, walaupun ada yang kurang yakin dengan rawatan lintah, namun bagi yang telah mencuba ia merupakan satu kaedah berkesan.

Zulkarnain memberitahu, selain rawatan bekam menggunakan lintah, mereka juga menjual minyak lintah dan menjadi stokis bagi minyak Lintah Emas.

”Lintah walaupun kecil tapi amat berguna bagi yang ingin menambah pendapatan sampingan kerana merupakan haiwan ternakan yang boleh hidup sendiri,” katanya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: