3 syarikat pasarkan produk UiTM

SHAH ALAM 11 Ogos – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan tiga syarikat bagi menjalankan usaha sama untuk memasarkan produk-produk hasil penyelidikan oleh ahli akademik universiti tersebut.

Syarikat tersebut ialah Perfect Triangle Sdn. Bhd. (PTSB) yang akan mempromosi dan menjual produk berkaitan automotif, manakala Multi Cipta Engineering (MCESB) pula menggunakan minyak mentah kelapa sawit yang boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan kedua seperti sabun dan minyak gris.

Halagel Sdn. Bhd. (Halagel) pula akan bekerjasama dengan Fakulti Farmasi UiTM bagi melakukan kajian dan pembangunan menghasilkan produk bersesuaian atau kosmetik sama ada dalam bentuk pepejal, separuh pepejal atau cecair untuk dijual.

UiTM juga menjalin kerjasama dengan Lintah Royal Sdn. Bhd. bagi melakukan penyelidikan mengenai ternakan lintah secara besar-besaran.

Pada majlis ringkas MoA itu di sini semalam, PTSB diwakili Pengarah Urusannya, Azman Bidin dan Royal Lintah juga oleh Pengarah Urusannya, Mohd. Nor Rizal Othman, manakala Halagel oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohamad Yakob Munshi Deen.

Multi Cipta pula diwakili Pengarah Eksekutifnya, Ab. Razak @ Abdul Razak Ruki Ali, manakala UiTM diwakili Naib Canselornya, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.

Majlis itu lebih bermakna apabila disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui pemberita berkata, langkah tersebut dapat membantu memasarkan produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa sejajar dengan matlamat MITI termasuk usaha menggalakkan syarikat Malaysia melabur di luar negara.

2 Responses to 3 syarikat pasarkan produk UiTM

  1. ANTO berkata:

    SAYA MAU TAU JENIS LINTAH YG MAU DIBELI KALO MEMANG LINTAH ALAM DIBELI DI HUTAN SUMBAWA SANGAT BANYAK,MAU GAK TERIMA PAK

  2. syukrilan berkata:

    saya udah gak beli lintah sekarang ini….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: