ternak ketam dan lintah

Usahawan digalak ceburi ternakan ketam, lintah

KOTA KINABALU 27 Jun – Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) cawangan Sabah dan Labuan menasihatkan mereka yang berminat dengan industri ternakan ketam dan lintah supaya segera menceburi bidang itu berikutan permintaan tinggi terhadap produk tersebut.

Pengerusinya, Idris Alli berkata, permintaan bukan sahaja datang dari dalam negara tetapi juga luar negara kerana tidak ramai yang menternak hidupan air itu di Sabah dan pada masa sama pengeluarannya amat terhad.

“Meskipun kedua-dua bidang itu dianggap perusahaan baru, tetapi ramai tidak mengetahui bahawa permintaan ketam dan lintah adalah terlalu tinggi di pasaran tempatan dan luar negara pada masa kini.

“Industri ternakan ketam dan lintah mempunyai masa depan yang cerah untuk dimajukan di Sabah jika ada pengusaha tempatan, berani meneroka bidang itu menerusi teknologi moden,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, industri itu mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan dan menjanjikan pulangan yang besar serta lumayan kerana tidak banyak persaingan.

Menurutnya, para pembekal dari Semenanjung yang memerlukan ketam dan lintah kini meninjau pengusaha industri itu di Sabah dan Labuan disebabkan penternak di sana tidak mampu menampung keperluan mereka.

“Di Semenanjung, keperluan ketam dan lintah meningkat antara empat hingga lima metrik tan sehari, bekalan tersebut tidak mencukupi dan untuk itu, para pembekal mencari pendekatan baru.

“Antara pendekatan baru yang dimaksudkan ialah mendapatkan bekalan berkenaan daripada pengusaha tempatan di Sabah atau Labuan untuk keperluan tempatan dan eksport,” ujarnya.

Beliau berkata, selain ketam dan lintah, cacing tanah dan ikan keli juga menerima permintaan yang tinggi sama ada di pasaran tempatan atau global.

“Pada masa ini lintah dan cacing tanah menerima permintaan yang begitu tinggi di pasaran global untuk dijadikan bahan kosmetik dan perubatan moden,” ujarnya.

Katanya, DUID akan mengambil langkah memberi taklimat di beberapa tempat berpotensi di negeri ini khususnya di luar bandar bagi mereka yang berminat menternak haiwan tersebut.

Jelasnya lagi, DUID kini sedang dalam perbincangan akhir dengan Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi.

Idris berkata, usaha tersebut adalah salah satu tanggungjawab sosial DUID untuk membantu rakyat Sabah yang miskin supaya dapat mengubah nasib sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: