ternak cacing, belut, lintah serentak.

Ternak cacing, belut dan lintah serentak

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

mustafa Abdul Wahab dan Azlinda Ros Abdul Aziz melihat baja cacing yang telah siap untuk dipasarkan.


Bermula dengan menternak cacing secara suka-suka di belakang rumah selama dua tahun, seorang kontraktor, Mustafa Abdul Wahab mengambil keputusan berhenti kerja dan menjalankan aktiviti secara sepenuh masa pada Julai tahun lepas.

Mustafa berkata, ramai yang tidak mengetahui mengenai kepentingan dan kegunaan cacing yang memang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.

Malah pada peringkat awal, ramai yang mencemuh apabila beliau memulakan penternakan cacing.

“Cacing telah lama digunakan sebagai baja vermicast dan kaya dengan sumber protein utama dengan 20 jenis enzim dan asid amino yang berguna untuk kosmetik (kolagen) dan perubatan.

“Penternakan cacing bukanlah sesuatu yang baru kerana organisma ini banyak digunakan dalam bidang pertanian,” katanya semasa ditemui di premis perniagaanya AZR Agro Centre di Bandar Sungai Mas, Banting, Selangor.

China misalnya, memerlukan lebih 500 tan cacing tanah sebulan bagi tujuan perubatan dan kosmetik manakala Jepun pula memerlukan satu tan seminggu.

Mustafa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AZR Agro Centre menambah, cacing berpotensi dalam negara sebagai alternatif dalam makanan ternakan bagi menggantikan jagung dan soya memandangkan ia mempunyai protein haiwan yang amat diperlukan.

Kajian yang dijalankan menunjukkan lebih 30 jenis nutrien terdapat dalam cacing, malah tanaman yang menggunakannya baja vermicast tidak memerlukan racun serangga.

Menjalankan penternakan tiga serangkai – cacing, belut dan lintah, Mustafa menyifatkan ketiga-tiga haiwan berkenaan berkaitan antara satu sama lain.

“Malah pihak kami mendapat permintaan yang besar dari negara Jepun yang sehingga kini masih belum dapat dipenuhi,” kata rakan kongsinya Azlinda Ros Abdul Aziz.

Bercerita mengenai ternakan belut sawah atau nama saintifiknya Monopterus albus, Mustafa berkata, pihaknya mendapatkan induk belut yang diambil dari sawah untuk dibiakkan sendiri untuk tujuan pengeluaran.

Mustafa berkata belut mudah dipelihara kerana makanannya mudah diperoleh seperti daun-daun reput, jerami padi atau batang pisang.

“Bagaimanapun penternakan belut menghadapi masalah dengan pembiakan kerana jantinanya ditentukan oleh saiz.

“Biasanya belut yang berusia enam hingga sembilan bulan adalah betina dan lebih sembilan bulan adalah jantan,” katanya.

Pembiakan belut dijalankan secara semula jadi dengar kadar yang tidak konsisten kira-kira 800 hingga 3,000 biji telur dan hanya satu perempat saja akan menetas dan menghasilkan anak.

Berbeza dengan belut, lintah atau Hirudo medicinalis adalah haiwan dua jantina iaitu mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina dan menghasilkan telur dalam bentuk kokon.

“Kami mendapat bekalan lintah yang diambil dari kawasan sawah, sungai dan hutan hujan tropika di dalam negeri untuk dibiakkan,” katanya.

Lintah biasanya digunakan dalam perubatan dan kosmetik dan dipelihara dalam kolam tanah, kanvas atau akuarium kerana haiwan ini memakan belut, siput sudu atau larva nyamuk.

Cacing atau Lumbricus rubellus, biasa dipanggil cacing merah pula boleh hidup sehingga enam tahun.

Haiwan berkenaan biasanya digunakan dalam perubatan, pertanian, kosmetik.

Cacing senang dipelihara menggunakan kotak bertingkat-tingkat menggunakan najis kambing atau lembu yang dicampur dengan habuk kayu dalam nisbah 70:30 serta sedikit air bagi melembapkan media.

Mempunyai ladang ternakan cacing, lintah dan belut di Sekinchan, Selangor, sebanyak 20 buah kolam yang memuatkan cacing lintah dan belut.

Di Sungai Mas, Mustafa menjadikan ladang transit yang boleh memuatkan satu tan cacing, satu tan belut dan 10,000 ekor lintah.

AZR Agro Centre juga menjalankan beberapa siri latihan bagi mendapatkan penternak baru, jabatan kerajaan dan menghasilkan produk.

Misalnya, cacing amat berguna untuk dijadikan baja semasa negara menuju ke arah pertanian selain dapat menghasilkan kolagen yang amat sesuai untuk kulit.

Lintah pula untuk dijadikan minyak lintah menerusi kaedah bioteknologi memandangkan protein akan terurai pada suhu yang tinggi.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai cacing, lintah atau belut boleh menghubungi AZR Agro Centre di 03-31803994 atau 03-31803996 atau faks 03-31803995 atau layari laman web http://www.azragrocentre.

com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: