sumber pendapatan lintah

Lintah jadi sumber pendapatan sampingan

Mohd. Hafizuddin Marzuki menunjukkan lintah yang berjaya dikumpul kepada ibunya, Rosnani Saad di Kg. Batu 20, Teroi, Yan, Kedah, semalam.


YAN 9 Sept. – Bagi penggemar ikan air tawar, musim banjir menjadi rezeki bagi mereka namun berbeza dengan seorang pelajar yang memilih lintah untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Pelajar tersebut, Hafizuddin Marzuki, 11, adalah orang yang paling gembira ketika rumah mereka dinaiki air kerana situasi itu memudahkan dia mencari lintah.

Ketika semua kanak-kanak sebayanya takut dan geli apabila lintah merayap di tubuh mereka, Hafizuddin pula sengaja membiarkan lintah-lintah tersebut melekap pada tubuhnya bagi memudahkan proses menangkap lintah tersebut.

“Saya paling seronok apabila kawan-kawan memberitahu kawasan rumah mereka yang dinaiki air dipenuhi lintah.

“Saya akan segera ke sana untuk menangkap lintah-lintah tersebut untuk disimpan atau dijual kepada penternak lintah,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Teroi di sini hari ini.

Jelas Hafizuddin, jumlah lintah ketika musim banjir kali ini juga meningkat berbanding air bah terdahulu.

“Saya hanya menangkap lintah-lintah ini dengan menggunakan tangan dan memasukkannya ke dalam botol.

“Tidak perlu takut pada haiwan sekecil lintah ini kerana ia hanya menghisap darah kotor dalam tubuh manusia sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, ibu Hafizuddin, Rosnani Saad, 52, berkata, di kalangan anakanaknya, hanya Hafizuddin sahaja yang berani memegang lintah.

“Abangnya geli jika ternampak lintah berbanding Hafizuddin yang meloncat kegembiraan apabila ternampak hidupan air itu.

“Saya juga geli apabila ternampak lintah dan akan segera memanggil Hafizuddin untuk menangkapnya,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: