Senggugut guna lintah

Atasi senggugut guna lintah
Oleh MERAN ABU BAKAR

LINTAH mula dilepaskan pada belakang pinggang berpandukan pada poin dan mula menghisap darah kotor.

gambar-sengugut3
SENGGUGUT atau premenstrual dysphoric disorder/dysmenorhoea merupakan sakit yang timbul ketika kedatangan haid. Senggugut boleh dibahagikan pada dua jenis, iaitu senggugut primer dan senggugut kedua.
Senggugut primer disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh tubuh yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Ia biasanya berlaku pada wanita yang belum berkahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
Senggugut kedua pula disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku perdarahan dalam perut atau jangkitan kronik. Senggugut ini kebiasaannya dialami seseorang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang tempoh pendarahan haid.
Selain mengalami sakit perut, penghidap senggugut juga akan mendapat sakit kepala, badan berasa seram sejuk, tidak lalu makan dan bagi yang kronik akan disertai dengan muntah atau cirit-birit.
Bagi penghidap senggugut, kedatangan haid boleh menyebabkan fobia atau ketakutan kerana terpaksa menderita lagi akibat sakit perut yang keterlaluan.
Masalah senggugut boleh dirawat atau dikurangkan menggunakan kaedah tradisional. Salah satu di antara kaedah alternatif yang popular pada masa kini ialah dengan menggunakan lintah sebagaimana diperkenalkan oleh Jelitasari Spa & Beaute.
Bekam lintah antara yang disediakan bagi pakej rawatan senggugut yang turut mengandungi bertangas dan urutan refleksologi.
Melalui rawatan ini, selepas bertangas kaki pelanggan akan diurut refleksologi selama setengah jam menggunakan keratan rotan yang ditekan pada poin-poin tertentu bagi melancarkan sistem saraf tubuh.
Seterusnya, beberapa ekor lintah akan dilepaskan pada permukaan kulit yang telah disapu dengan alkohol. Lintah akan ‘bertugas’ menghisap darah kotor dalam tempoh tertentu sebelum gigitan dicabut.
Pakej ini mengenakan bayaran sebanyak RM250 namun pelanggan yang mendapatkan rawatan sekarang sehingga hujung tahun sempena promosi ulang tahun Jelitasari cuma perlu membayar RM200 sahaja.

3 Responses to Senggugut guna lintah

  1. amzari berkata:

    salam ada bekalan lintah tak…?saya nak dalam 2k..berapa seekor awak kira harganya….sila msg kat email saya …gua_sempoi@yahoo.com

  2. syukrilan berkata:

    wsalam berapa banyak saudara nak…? Hubungi saya melalui syukrilan@yahoo.com ya…pertanyaan anda segera saya balas nanti tq…

  3. hisham berkata:

    Saya pun buat rawatan bekam lintah di bandar baru bangi…RM38 saja satu sessi 013-3197008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: